Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Web Rasmi MTAQ Pulai Chondong

Johan Nasyid UM Nilam Puri

E-mail Print PDF

Nilam Puri 2 Julai 2011 - Kumpulan Nasyid Soutul Huffaz MTAQ telah muncul sebagai johan pada kejohanan nasyid di Universiti Malaya sempena Karnival Pengajian Tinggi yang berlangsung di sana. Skuad nasyid MTAQ berjaya mengalahkan empat buah lagi kumpulan nasyid yang lain iaitu dua dari UM, politeknik dan KIAS. Dua buah nasyid yang dipertandingkan oleh Soutul Huffaz ini juga membawa kepada penganugerahan solo terbaik kepada saudara Wan Ahmad Bukhari bin Mohd Nor selaku solo Soutul Huffaz.

 

Hari Guru MTAQ 2011

E-mail Print PDF

MTAQ 29 Jun 2011 - Sambutan Hari Guru peringkat MTAQ telah diadakan dengan jayanya pada hari ini dengan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pelajar bagi meraikan guru-guru yang mencurahkan bakti mengajar ilmu kepada mereka. Antara acara yang disediakan ialah slowly motocycle, perlawanan bola sepak, bola tampar dan mengail botol. Guru-guru juga dihiburkan dengan persembahan pelajar seperti pantomen dan nasyid. Akhir sekali beberapa anugerah diberikan kepada guru iaitu anugerah guru misali, dedikasi, karisma dan ceria.

Last Updated on Thursday, 30 June 2011 23:21
 

ZUMAR 2011

E-mail Print PDF

  

KUALA KRAI 26 MEI 2011- MTAQ telah mengadakan program Ziarah Ukhuwwah MTAQ bersama Masyarakat (ZUMAR) yang bertempat di Kampung Bahagia, Kuala Krai. Program ini disertai 60 orang pelajar dan 20 orang guru pengiring.Rombongan ZUMAR bertolak dari kompleks MTAQ pada pukul 1.30 tengahari dan tiba di jeti Kuala Krai pada pukul 3.30 petang.Di sana, rombongan ZUMAR menaiki motor bot yang telah bersedia membawa ke Kampung Bahagia.

Last Updated on Thursday, 30 June 2011 23:23 Read more...
 

Pelancaran Minggu Bahasa Arab

E-mail Print PDF

MTAQ 19 Jun 2011 - Minggu bahasa arab peringkat MTAQ telah disempurnakan perasmiannya oleh tuan pengetua berlangsung selama empat hari bermula hari ini dan diisi dengan program-program seperti pertandingan syarahan, tazkirah, khat, forum dan karangan bahasa arab. Majlis penutup dan pembahagian hadiah akan di adakan pada hari akhir program iaitu hari Khamis 23 Jun 2011. 

Last Updated on Wednesday, 22 June 2011 15:36
 

Lawatan Pegawai JAKIM

E-mail Print PDF

MTAQ 30 Mei 2011 - MTAQ telah menerima kunjungan daripada Timbalan Pengarah Akademik JAKIM Ybhg. Haji Che Mat bin Che Deraman dan beberapa orang pegawainya untuk sesi perbincangan berkenaan dengan permohonan MTAQ untuk menjalankan kerjasama akademik dengan Darul Quran, JAKIM. Perbincangan ini dihadiri oleh pengetua MTAQ Ybrs. Ust Zakaria bin Mohamed, mantan pengetua MTAQ Ybrs. Ust Mohd Mansur bin Hj Daud dan beberapa orang guru MTAQ. Perbincangan ini bertujuan untuk memperbaharui kembali kebenaran bagi pelajar lepasan MTAQ mengambil peperiksaan diploma Darul Quran JAKIM yang sebelum ini berjaya dilaksanakan.

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 3

Undian

Mengapa pilih MTAQ?
 

Tazkirah

“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)