Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat

Final Program Fityan Islamic Football Academy

E-mail Print PDF

MTAQ 22 Mei 2011- Setelah selama sebulan bertungkus lumus, akhirnya program Fityan Islamic Football Academy (FIFA) yang diasaskan oleh Akademi Bola Sepak MTAQ melabuhkan tirainya. Program yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan para pelajar nyata mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Sebanyak 16 pasukan yang terlibat dalam program ini. Kelmarin menyaksikan perlawanan akhir di padang utama MTAQ di antara pasukan First Seven FC yang dibimbing oleh Sdr Amirul Mustaqim menentang pasukan bimbingan Sdr Faisal Izzuddin, Alwing FC.

Last Updated on Saturday, 28 May 2011 00:52 Read more...
 

Kursus Profesionalisme Guru

E-mail Print PDF

Besut 6 Mei 2011 - Kelab Guru MTAQ telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Perguruan di Demong Beach Resort dengan kehadiran semua kakitangan MTAQ. Kursus selama dua hari satu malam itu bertujuan untuk meningkatkan etika kerja samada guru dan kakitangan MTAQ. Ust Marzuqi bin Abdul Aziz bertindak sebagai pengarah program.

 

Lawatan Tahfiz KL-Melaka

E-mail Print PDF

KL 26 April 2011 - Sempena cuti tahfiz selama lima hari ini Badan Kaunseling MTAQ telah mengadakan lawatan tahfiz ke Kuala Lumpur dan Melaka yang diketuai oleh Sir Hazri Nawi yang bertindak sebagai ketua rombongan. Rombongan seramai sebuah bas ini berjaya menjalankan program lawatan ini dengan jayanya yang diiringi bersama oleh Ust Adam dan Ust Fakhruddin.

 

Pertandingan Hiwar Jama'i

E-mail Print PDF

Kok Lanas 5 April 2011 - MTAQ telah berjaya mendapat tempar kedua dalam pertandingan Hiwar Jamai yang telah diadakan di Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas sementara pasukan tuan rumah menungguli pertandingan dengan mendapat tempar pertama. Pertandingan ini menyaksikan lapan buah sekolah yang mengambil bahagian dengan kesemuanya menunjukkan kehebatan bakat masing-masing.

 

Rakaman RTM

E-mail Print PDF

MTAQ 22 April 2011 - MTAQ dikunjungi oleh stesyen tv RTM untuk membuat liputan berkenaan dengan sistem persekolahan MTAQ untuk bahan siaran bagi program Syahadah yang akan bersiaran pada bulan Ramadhan ini. Pihak RTM yang menjalankan penggambaran di sini disambut baik oleh warga MTAQ yang memberikan kerjasama yang sewajarnya.

 


Page 2 of 3

Tazkirah

“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)